Jumaat, 17 Jun 2011
Rancangan Pelajaran Sains Tahun 1
Tajuk: BENTUK DI SEKITAR KITA
Ringkasan:
Murid akan didedahkan dengan pelbagai bentuk iaitu, segiempat tepat, segiempat sama, segitiga, bulatan.
Standard Kandungan:
Sains Fizikal
5.2 Memahami pengetahuan tentang pelbagai bentuk.
Standard Pembelajaran:
5.2.1 Mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, Segi empat sama, segi tiga dan bulatan yang terdapat pada objek di persekitaran murid..
Tempoh masa: 2 waktu
Sumber Pengajaran:
1. Paparan LCD
3. Kad Imbasan (segiempat tepat, segiempat sama, segitiga, bulatan )
3. Lembaran kerja 1
4. Lembaran kerja 2
Pendekatan Pedagogi
Pembelajaran Interaktif
Langkah P&P
Langkah P&P | Aktiviti Fokus Murid-murid dan Guru | TMK/ SPS/BBM/Nilai Murni |
Persediaan (5minit) | 1. Guru akan menunjukkan beberapa gambar objek yang mempunyai bentuk- bentuk asas melalui powerpoint. 2. Murid diminta menamakan gambar objek yang ditunjukkan diikuti dengan bentuknya mengikut pengetahuan sedia ada. | BBM- Sampul berisi pelbagai bentuk. SPS-Berkomunikasi Nilai- Bekerjasama |
Imaginasi (15minit) | 1. Guru membimbing murid menamakan bentuk sambil menunjukkan kad imbasan. 2. Guru membimbing murid mengeja perkataan segiempat tepat, segiempat sama, segitiga dan bulatan. 3. Murid-murid diminta untuk memerhatikan dan mencari bentuk- bentuk yang terdapat di dalam bilik darjah. 4. Murid-murid diminta menyatakan objek- objek yang mempunyai bentuk-bentuk segiempat tepat, segiempat sama, segitiga, bulatan. | BBM- Kad Imbasan (segiempat tepat, segiempat sama, segitiga, bulatan ) SPS-memerhatikan SPS-Berkomunikasi |
Perkembangan (25minit) | 1. Guru mempamerkan gambar istana 2D dalam power point. 2. Murid-murid diminta meneliti gambar istana tersebut. 3. Murid-murid diminta mengira bilangan bentuk yang disebut oleh guru. | BBM- Gambar istana 2D . (Band 3) |
Tindakan (15minit) | 1. Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran kerja 1 dan 2. | BBM- Lembaran kerja 1 (Band 2) Lembaran kerja 2 (Band 3) |
Langgan:
Catatan (Atom)